Proton Taiping

Proton Taiping
lokasi, Medan Taiping berhadapan Rumah Seri Kenangan

Wednesday, April 16, 2014

Promosi terkini Proton Suprima S untuk bulan April

Promosi bulan April bagi model Suprima S

Salam pada semua pengunjung blog proton taiping, jadi untuk posting kali ni saya nak menwarwarkan tentang promosi bagi bulan april 2014 bagi model Suprima S.
Proton telah menawarkan suatu bentuk promosi yang agak menarik pada awal bulan april 2014 yang lalu kepada semua pemilik model Suprima S yang didaftarkan dari tarikh 1 April 2014 sehingga 30 April 2014. Promosi ini berupa pemberian servis secara percuma selama 3 tahun kepada pemilik Suprima S yang berdaftar seperti tarikh yang di atas. Jika dilihat dari segi tempoh masa yang diberikan kemungkinan ada antara kita yang beranggapan tempoh masa yang diberikan itu nampak agak singkat tetapi kemungkinan untuk tempoh promosi ini dilanjutkan mungkin ada. Saya hanya menyatakan mungkin ada di sini kerana saya sendiri pun tak pasti sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak. Jadi pada hemat saya kepada peminat dan bakal pemilik Suprima S wajar merebut peluang yang ada ini kerana kesinambungan promosi seperti ini adalah suatu yang menarik dan adalah agak rugi jika melepaskanya. 
Ok, tu tadi promosi dari Proton. Sekarang saya nak cerita pulak Promosi dari saya jika ada dari anda membeli Proton Suprima S dari saya. Promosi dari saya simple je, promosinya ialah saya akan berikan hadiah misteri bernilai RM1000 kepada pembeli yang membeli dengan saya.(termaktub pada terma dan syarat). 
So macam mana, ok tak. Ok la tu kan, yang ni je yang saya termampu. Jadi pada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan promosi terkini bagi model Suprima S atau yang lain-lain boleh lah hello saya pada nombor telefon yang tertera pada blog ini.
sekian....      


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.