Proton Taiping

Proton Taiping
lokasi, Medan Taiping berhadapan Rumah Seri Kenangan

Tuesday, April 22, 2014

Sekolah Memandu Taiping

Sekolah Memandu Taiping

Salam hormat dari saya Blogger Proton Taiping pada semua pengunjung, so untuk posting kali ni saya dengan kesekian kalinya nak off topic sikit. Bukan sebab apa pun sebenarnya, saya just nak share something yang bagi saya agak menguntungkan lah jugak pada para pengguna terutama sekali bagi yang berhajat nak ambik lesen memandu.
Ceritanya macam ni, Sekolah memandu Taiping yang saya maksudkan ialah Institut Memandu Anggerik Muhibbah yang terletak berhampiran kawasan perindustrian Kamunting. Berdekatan dengan Kilang Toyo dan Institut Kemahiran Tinggi Adtec. Institut memandu ni baru beroperasi dan boleh dikatakan semua peralatan yang disediakan adalah baru dan dalam keadaan yang sangat memuaskan, jadi bila semua peralatan dan kenderaan baru ini pastinya akan lebih memudahkan dan memberi keselesaan kepada para calon untuk mengambil lesen. Jadi kat sini para pengunjung boleh menilai sendiri mana yang lebih value for money, barang baru atau barang lama pada harga yang sama.
Ok, saya pun tak nak bercerita panjang lebar sangat berkenaan topik pada kali ni. Pada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal lokasi, harga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Institut Memandu ni boleh lah layari laman blog berikut http://sekolahmemandutaiping.blogspot.com/.
Sekian dari saya blogger Proton Taiping untuk kali ni. Wasalam.

-Sedikit info tambahan, bagi bakal pemilik yang berurusan dengan saya dan mendaftarkan kereta proton baru mereka dari tarikh 1 sept 2015 hingga 30 sept 2015 berpeluang mendapat hadiah dari saya berupa voucher minyak dari RM250 sehingga RM500 bergantung dari model proton yang dipilih. Jadi jangan lepaskan peluang anda, buat tempahan anda segera dan nikmati promosi hebat dari Proton beserta Hadiah dari saya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di 019-5733300(mahfuz)

Wednesday, April 16, 2014

Promosi terkini Proton Suprima S untuk bulan April

Promosi bulan April bagi model Suprima S

Salam pada semua pengunjung blog proton taiping, jadi untuk posting kali ni saya nak menwarwarkan tentang promosi bagi bulan april 2014 bagi model Suprima S.
Proton telah menawarkan suatu bentuk promosi yang agak menarik pada awal bulan april 2014 yang lalu kepada semua pemilik model Suprima S yang didaftarkan dari tarikh 1 April 2014 sehingga 30 April 2014. Promosi ini berupa pemberian servis secara percuma selama 3 tahun kepada pemilik Suprima S yang berdaftar seperti tarikh yang di atas. Jika dilihat dari segi tempoh masa yang diberikan kemungkinan ada antara kita yang beranggapan tempoh masa yang diberikan itu nampak agak singkat tetapi kemungkinan untuk tempoh promosi ini dilanjutkan mungkin ada. Saya hanya menyatakan mungkin ada di sini kerana saya sendiri pun tak pasti sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak. Jadi pada hemat saya kepada peminat dan bakal pemilik Suprima S wajar merebut peluang yang ada ini kerana kesinambungan promosi seperti ini adalah suatu yang menarik dan adalah agak rugi jika melepaskanya. 
Ok, tu tadi promosi dari Proton. Sekarang saya nak cerita pulak Promosi dari saya jika ada dari anda membeli Proton Suprima S dari saya. Promosi dari saya simple je, promosinya ialah saya akan berikan hadiah misteri bernilai RM1000 kepada pembeli yang membeli dengan saya.(termaktub pada terma dan syarat). 
So macam mana, ok tak. Ok la tu kan, yang ni je yang saya termampu. Jadi pada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan promosi terkini bagi model Suprima S atau yang lain-lain boleh lah hello saya pada nombor telefon yang tertera pada blog ini.
sekian....