Proton Taiping

Proton Taiping
lokasi, Medan Taiping berhadapan Rumah Seri Kenangan

Sunday, February 16, 2014

Ketam Nipah

Salam hormat pada semua pengunjung, Kali ni saya blogger proton taiping nak off topik sikit, asyik selalu cerita pasal kereta proton. So Kali ni kita cerita pasal Ketam Nipah lak hahahahaha.
Sebenarnya hari ni saya ada trip ngan kawan2 pergi memancing kat kuala gula. Pancing dari atas jeti je pun, nak naik bot tak ada budjet, lagi pun air tak berapa nak cun. So layan je lah mancing dari atas jeti.
Pancing punya pancing, ikan yang menyambar umpan tak berapa nak memberahikan, yang asyik naik duri dengan gelama. Air kat kuala ni pun keruh semacam, yelah dah mancing time air besar 16hb melayu memang macam ni lah gayanya. Jadi saya pun dah naik bosan, saya angkat pancing dan mulakan ekpedisi merayau di sekitar jeti. Lokasi yang di tuju ialah jeti peraih ikan. Sampai kat sana macam2 hasil laut yang ada tapi kebanyakkannya bukan lah hasil laut dalam, ianya lebih kepada hasil kawasan kuala. Dalam tengok2 tu terperasan Ketam Nipah, banyak lak tu. Saya pun dah lama tak merasa Ketam ni.  Saya pun tanya lah berapa harga sekilo. Peraih tu pun bagi tau, yang kecik sekilo 10, yang besar sekilo 20. Saya pun tak de pikir banyak ambik yang besar,ambik sekilo setengah, kena lah 30. Saya pun tak berapa arif pasal harga Ketam Nipah ni maklum lah tak pernah beli yang hidup, selalunya dok beli yang dah siap masak. Kiranya bagi saya murah la tu. kira punya kira semua sekali ada 8 ekor kira ok la kan, kalau beli dah siap masak mau rm30, 3 ekor.
Bila dah selesai membeli kat jeti peraih tu saya pun bergerak lah balik ke jeti tempat memancing semula layan pancing balik. Layan pancing jap, ikan pun tak berapa nak jamah umpan, saya and the gang packing barang2 dan bersurai. So macam tu lah kisahnya memancing ikan tapi hasilnya Ketam Nipah hahahahaha. Jadi buat tatapan umum kat bawah ni saya sertakan gambar hasil pancingngan bermodalkan Rm 30 yang berjaya saya daratkan. sekian.

Ketam Nipah and the gang


Friday, February 14, 2014

Persona SV

Salam hormat dari saya blogger proton taiping pada para pengunjung semua. Setelah sekian lama menyepi, Kali ni saya kembali dengan posting terbaru berkenaan Proton Persona SV.
Mungkin ada yang tertanya - tanya apa kah yang dimaksudkan dengan Persona SV. Sebenarnya SV di sini bermaksud super value, jadi secara ringkas maknanya model Persona yang paling murah.
Mungkin ada yang beranggapan jika sesuatu model itu dijual pada harga yang murah pastinya kualiti produk tersebut akan di turunkan, anggapan ini adalah tidak benar sama sekali kerana model Persona SV ini telah ditinggkatkan keupayaannya dari segi keselamatan. Antara penambahbaikan yang diberikan bagi model ini ialah Dual SRS Airbag, sistem brek ABS+EBD,  sistem brek cakera bagi roda hadapan dan belakang dan lain - lain lagi.
Saya pun tak nak cerita panjang lebar sangat so tuan dan puan boleh lah tengok2 gambar yang tersedia bagi mendapatkan serba sedikit gambaran berkenaan model ini, dan sebelum saya terlupa harga atas jalan bagi model ini adalah seperti berikut.
Persona SV Manual - 45,388.00
Persona SV AT          - 48,388.00
Harga seperti yang tertera di atas adalah bagi warna Metallic.
Sekian





Dashboard

Airbag penumpang hadapan

Airbag Pemandu

Brek cakera roda belakang

cermin sisi dengan lampu LED

Ruang dalaman enjin


Sistem ABS+EBD

Pandangan sisi hadapan

Pandangan belakang