Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada 2 Okt yang lalu saya telah pun berjaya delivered sebuah Suprima s premium yang telah dibeli oleh seorang doktor di Hospital Taiping. Pada permulaannya urusan jual beli terdapat sedikit tekanan kerana doktor tersebut mahukan harga yang tinggi bagi kereta yang hendak di trade in. Perbincangan demi perbincangan akhirnya mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. A win win situation adalah teknik utama yang saya guna pakai dalam perbincangan dan Alhamdulillah ianya berhasil.
Alhamdulillah hingga kesaat saya menulis posting ini, maklum balas yang saya dapat dari doktor tersebut berkenaan Suprima s beliau adalah sangat memuaskan.
Tahniah diucapkan pada Proton dengan produk yang bermutu.
Suprima s Dr Fxxxxx AJM 5XX3
Inilah kisah saya pada kali ini, seorang jurujual proton taiping yang melakukan come back ke dalam industri, setelah sekian lama menyepi mencari ilmu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.