Proton Taiping

Proton Taiping
lokasi, Medan Taiping berhadapan Rumah Seri Kenangan

Wednesday, December 11, 2013

Nak Beli Kereta Proton Full Loan




Kepada Yang berminat nak beli kereta Proton full loan atau Downpayment rendah boleh lah berhubung dengan saya. Prosesnya mudah jer, macam biasa. Ic, lesen, penyata gaji 3 bulan, itu bagi kakitangan kerajaan. Kalau kakitangan swasta pulak cuma tambah penyata Kwsp dan penyata bank. Itu sahaja, meh saya cuba nak janji lebih2 tu tak berani lah saya, tapi setakat ni alhamdulillah bolehlah lepas.

Dan pada pelanggan yang berada di luar kawasan tu, anda cuma emailkan sahaja perkara2 di atas kepada saya dan saya akan terus proseskan untuk anda. Tak payah susah2 nak hantar dokumen bagai. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut sila lah berhubung dengan saya terus di talian 019-5733300.
Rasanya sampai disini sahaja dari saya blogger proton edar taiping buat kali ini, semoga bertemu lagi.
Sekian

Tuesday, November 5, 2013

Proton Wira 1.5 auto tahun 2001 untuk dijual.

Salam buat semua, Kali ni saya nak buat pengumuman sikit. Saya ada wira 1.5 auto tahun 2001 untuk dilepaskan. condition enjin memuaskan dan kereta baru lepas cat satu body. Kereta ni saya ambik dari salah seorang pelanggan saya sendiri. Dia trade in ambik Exora, harga last saya boleh offer ialah 9k. Jadi pada yang berminat boleh roger saya pada nombor yang tertera. sekian

-Sedikit info tambahan, bagi bakal pemilik yang berurusan dengan saya dan mendaftarkan kereta proton baru mereka dari tarikh 1sept2015 hingga 30sept2015 berpeluang mendapat hadiah dari saya berupa voucher minyak dari RM250 sehingga RM500 bergantung dari model proton yang dipilih. Jadi jangan lepaskan peluang anda, buat tempahan anda segera dan nikmati promosi hebat dari Proton beserta Hadiah dari saya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di 019-5733300(mahfuz)

Harga Baru Proton Berkuatkuasa pada 1hb november 2013

Salam pada semua pengunjung blog proton edar taiping, kali ni saya cuma nak menwarwarkan tentang harga baru Proton berkuatkuasa pada 1 november yang lalu. Pada keseluruhannya terdapat penurunan harga bagi semua produk Proton, penurunan harga adalah berlainan mengikut model dan spesefikasi. Saya tidak akan menghuraikannya secara terperinci disini, cuma saya akan memberi sedikit gambaran berkenaan penurunan harga tersebut.
Penurunan harga adalah dari RM 12.00 sehingga RM 1,305.02. Bagi pengunjung yang berminat untuk mengetahui berkenaan harga terkini dengan lebih lanjut bolehlah berhubung terus dengan saya melalui nombor yang tertera pada laman blog ini. terima kasih

Monday, October 14, 2013

Preve CFE Bro Azuanizam

First of all saya jurujual proton taiping nak berterima kasih sangat2 pada bro Azuanizam sebab sudi menggunakan khidmat saya sebagai jurujual Proton bagi urusan pembelian Preve CFE beliau. untuk pengetahuan semua sebenarnya bro Zam ni kerja kat Pulau Pinang dan memang tinggal kat sana. Tapi dah memang nak jadi rezeki, bro zam ni dapat phone no saya dari blog ni dan dari blog ni lah semuanya bermula,  Alhamdulillah.
Untuk kesekian kalinya terima kasih Abg Zam.

Gambar sekadar hiasan (PLG 4XX4)

My Proton Banner

Design Banner yang masih dalam perancangan

Projek banner seperti di atas ni masih dalam perancangan, Insyaallah kalau ada rezeki nanti on la tu. Buat masa ni saya masih berkira-kira tentang cost and effectiveness. Maklumlah saya ni hanya lah seorang jurujual dan peruntukkan yang saya ada untuk pengiklanan tak sebanyak mana pun.

Tuesday, October 8, 2013

Suprima s Dr Fxxxxx

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada 2 Okt yang lalu saya telah pun berjaya delivered sebuah Suprima s premium yang telah dibeli oleh seorang doktor di Hospital Taiping. Pada permulaannya urusan jual beli terdapat sedikit tekanan kerana doktor tersebut mahukan harga yang tinggi bagi kereta yang hendak di trade in. Perbincangan demi perbincangan akhirnya mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. A win win situation adalah teknik utama yang saya guna pakai dalam perbincangan dan Alhamdulillah ianya berhasil.
Alhamdulillah hingga kesaat saya menulis posting ini, maklum balas yang saya dapat dari doktor tersebut berkenaan Suprima s beliau adalah sangat memuaskan.
Tahniah diucapkan pada Proton dengan produk yang bermutu. 

Suprima s Dr Fxxxxx AJM 5XX3

Inilah kisah saya pada kali ini, seorang jurujual proton taiping yang melakukan come back ke dalam industri, setelah sekian lama menyepi mencari ilmu.

Friday, August 30, 2013

Proton Suprima S





*Senarai Harga Proton Suprima yang tertera di atas adalah bagi kereta bewarna Solid.

*Harga adalah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.

Tuesday, August 27, 2013

Proton Inspira





*Senarai harga Proton Inspira yang tertera di atas adalah bagi kereta bewarna Solid


*Harga adalah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.



Proton Exora


*Senarai harga Proton Exora yang tertera di atas adalah bagi kereta berwarna Solid.

*Harga adalah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.






Proton Preve






*Senarai harga Proton Preve yang tertera di atas adalah bagi kereta bewarna Solid
*Harga adalah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.







Proton Persona



*Senarai harga Proton Persona yang tertera di atas adalah bagi kereta bewarna Solid.


*Harga adalah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.





Proton Saga




*Senarai harga Proton Saga yang tertera di atas adalah bagi kereta bewarna Solid
*Harga adalah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.