Proton Taiping

Proton Taiping
lokasi, Medan Taiping berhadapan Rumah Seri Kenangan

Monday, October 14, 2013

Preve CFE Bro Azuanizam

First of all saya jurujual proton taiping nak berterima kasih sangat2 pada bro Azuanizam sebab sudi menggunakan khidmat saya sebagai jurujual Proton bagi urusan pembelian Preve CFE beliau. untuk pengetahuan semua sebenarnya bro Zam ni kerja kat Pulau Pinang dan memang tinggal kat sana. Tapi dah memang nak jadi rezeki, bro zam ni dapat phone no saya dari blog ni dan dari blog ni lah semuanya bermula,  Alhamdulillah.
Untuk kesekian kalinya terima kasih Abg Zam.

Gambar sekadar hiasan (PLG 4XX4)

My Proton Banner

Design Banner yang masih dalam perancangan

Projek banner seperti di atas ni masih dalam perancangan, Insyaallah kalau ada rezeki nanti on la tu. Buat masa ni saya masih berkira-kira tentang cost and effectiveness. Maklumlah saya ni hanya lah seorang jurujual dan peruntukkan yang saya ada untuk pengiklanan tak sebanyak mana pun.

Tuesday, October 8, 2013

Suprima s Dr Fxxxxx

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada 2 Okt yang lalu saya telah pun berjaya delivered sebuah Suprima s premium yang telah dibeli oleh seorang doktor di Hospital Taiping. Pada permulaannya urusan jual beli terdapat sedikit tekanan kerana doktor tersebut mahukan harga yang tinggi bagi kereta yang hendak di trade in. Perbincangan demi perbincangan akhirnya mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. A win win situation adalah teknik utama yang saya guna pakai dalam perbincangan dan Alhamdulillah ianya berhasil.
Alhamdulillah hingga kesaat saya menulis posting ini, maklum balas yang saya dapat dari doktor tersebut berkenaan Suprima s beliau adalah sangat memuaskan.
Tahniah diucapkan pada Proton dengan produk yang bermutu. 

Suprima s Dr Fxxxxx AJM 5XX3

Inilah kisah saya pada kali ini, seorang jurujual proton taiping yang melakukan come back ke dalam industri, setelah sekian lama menyepi mencari ilmu.